Monday, September 19, 2011

Catatan 3.

Andai ini takdirnya untuk aku mengecapi kebahagiaanku satu hari nanti, aku belajar untuk menerimanya dengan redha & sabar. Kuatkanlah aku Ya Allah. Hanya pada Mu aku meminta-minta & hanya Engkau lah yang boleh menolongku. Permudahkanlah segala urusanku. Moga insan-insan yang aku sayangi turut bahagia satu hari nanti.

Saturday, September 10, 2011

Catatan 2.

Terbayang dosa-dosa di hari lalu. Hinanya diri ini. Sesungguhnya tiap masa aku merasakan jiwaku bergetar kerana terlalu takut dengan azab-Nya nanti. Ampunilah aku Ya Allah. Engkau Maha Penyayang. Engkau sentiasa tahu perasaan hamba Mu ini. Berikanlah aku hidayah Mu, tetapkan aku di jalan yang benar. Aku menyesal dengan setiap dosa yang aku lakukan. Ampunilah dosa-dosaku yang telah lepas, dosa-dosa yang aku sedang buat serta dosa-dosa yang bakal aku buat tanpa aku sedari.

Catatan 1.

Aku tidak bisa tidur malam ini. Entah mengapa hatiku terlalu sunyi & sepi. Aku merindukan kasih-Nya. Sungguh hatiku tidak pernah tenang ketika aku tidak menghadap-Nya. Ampunkan aku Wahai Yang Maha Pengasih kerana tidak bisa menyempurnakan solatku. Tetapkan imanku & lindungilah aku dari azab api neraka Mu.